SELAMAT DATANG KE DUNIA TERJEMAHAN
Dunia terjemahan yang kami coretkan dalam bentuk penulisan merupakan antara inisiatif kami memperkasa bahasa Arab dan melatih jiwa yang kerdil ini menterjemah bahasa syurgawi dan bahasa ibunda. Walaupun laman ini dibina sebagai latihan kami menerapkan ilmu terjemahan yang dipelajari di dewan kuliah mahupun bilik tutor, tetapi dengan medium ini kami juga ingin berkongsi ilmu ini dengan pembaca sekalian. Sharing is caring ^__^
Untuk maklumat sekalian, kami, Anis Syamira binti Gustar Affendi dan Nurul Hidayah binti Mohamad Sharim ialah merupakan pelajar Tahun 1 (2015-2016) dari UKM. Penulisan ini dilakukan di bawah subjek PJ 1213 Terjemahan Arab-Melayu-Arab (TAMA) dan mendapat bimbingan dari dua orang pensyarah yang kami sayangi iaitu Dr. Maheram binti Ahmad dan Dr. Suhaila binti Zailani @ Ahmad. Penulisan yang kami lakukan ini, in sya Allah, diyakini sumbernya. :D
Walau bagaimanapun, penulisan yang kami bawakan secara santai ini sudah semestinya memiliki kekurangan dan kelemahan dari segi pemberian maklumat mahupun penggunaan bahasa. Oleh itu, kami berlapang dada menerima sebarang komen, teguran mahupun nasihat dari antum sekalian. Teguran kalian sudah pasti mampu membetulkan kesilapan kami apatah lagi membuktikan ada reaksi dari pembaca. Tercapailah objektif kami! Yes!! Jangan risau, kami tak ambil hati. Kami bukan peminta organ..erk! Maaf, sekadar selingan. Jadi, kami memohon maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang penulisan yang bakal kami publishkan nanti.
Selamat mengembara di alam penulisan dunia terjemahan kami!
To be a translator one needs to be bilingual and biciltural.
-unknown-

No comments:
Post a Comment