Thursday, 9 June 2016

JENIS DAN KAEDAH TERJEMAHAN
Pelbagai jenis dan kaedah yang digunakan dalam penterjemahan. Adakah anda tahu seberapa banyak kaedah dan terjemahan yang ada?ini adalah beberapa jenis dan kaedah yang ingin saya kongsikan kepada anda…
TERJEMAHAN TULISAN
ž  Ciri-ciri Terjemahan Tulisan:
¡  Dilakukan secara bertulis.
¡  Penterjemah masih berkesempatan membaiki kesilapan terjemah yang dilakukan.
¡  Kefasihan berbicara tidak menjadi syarat yang mutlak. 
¡  Penguasaan bahasa sumber & bahasa sasaran yang pasif pun tidak   menjadi hambatan untuk menjadi penterjemah tulisan yang baik.
TERJEMAHAN LISAN
                 Ciri-ciri terjemahan lisan:
        Dilakukan secara lisan.
        Dilakukan secara langsung, cepat & tepat.
        Tidak boleh berhenti walaupun sekejap untuk membaiki unsur-unsur bahasa atau ujaran yang salah, atau yang tidak tepat benar padanan terjemahannya.
        Penterjemah disyaratkan berkemampuan berbicara yang lancar & fasih dalam b. Sumber & b. Sasaran.
Ciri-Ciri Terjemahan Lisan:
  Perlu berpengetahuan luas.
  Mampu mentafsirkan apa sahaja yang diujarkan.
  Dikenali sebagai interpreter.
  Perlu menjalani latihan yang panjang & perlu mencari pengalaman yang berterusan.
  Selain menjadi penterjemah yang baik, dia juga perlu menjadi pentafsir yang mahir.
MENURUT ROBERT LADO:
  Terjemahan ada 2 bentuk:
                 1. faktual
                 2. sastera
CIRI-CIRI TERJEMAHAN FAKTUAL:
         Terjemahan yang memindahkan maklumat yang berbentuk fakta.
         Contoh:
        Terjemahan buku, surat khabat, surat-surat rasmi, ubat-ubatan, iklan dsbnya.
         Hendaklah ringkas, sederhana, wajar dan tidak mengelirukan.
         Terjemahan yang mengelirukan bukan sahaja menyesatkan pembaca, malah boleh membawa kemudaratan kepada pembaca.
CIRI-CIRI TERJEMAHAN SASTERA
         Dilakukan utk kepentingan kesenian & kesusasteraan.
         Contoh: Terjemahan prosa, puisi, drama, opera, cerita-cerita bergambar, filem dsbnya.
         Amat setia dgn isi teks asal, bentuk pengungkapannya, & kesan yg ditimbulkan oleh teks tsb.
         Mampu merasai nuansa & getar rasa yg terkandung dlm teks asal. 
         Lebih mementingkan keindahan bahasa & ketajaman pemaknaan bahasa sumber.
         Kesilapan terjemah tidaklah akan terlalu mengelirukan pembaca atau memudaratkan mereka.
MENURUT ROMAN JACOBSON
TERJEMAHAN  INTRALINGUAL
         Dilakukan di dalam & berkenaan dgn satu bahasa tertentu shj, iaitu penterjemahan variasi-variasi bahasa yg tdp dlm bahasa itu.
         Contoh:
        Dialek ke dialek yg lain.
        Dialek ke bahasa baku atau sebaliknya.
        Bahasa kasar ke bahasa halus dsbnya.
TERJEMAHAN INTERLINGUAL
         Terjemahan daripada satu bahasa ke bahasa lain yang sama sekali berbeza dari segi sifat, karakter dan strukturnya.
         Contoh:
        Terjemahan drp bahasa Melayu ke bahasa Arab.
TERJEMAHAN INTERSEMIOTIK
  Drp suatu bentuk sistem simbol atau sistem tanda ke dalam suatu bahasa atau ke dalam bentuk lainnya.
  Contoh:
  Pergerakan tangan polis trafik diterjemahkan ke bentuk kata-kata.
  Terjemahan kod-kod tertentu ke dalam bentuk bahasa.
  Bahasa lisan atau tulisan dipindahkan ke bentuk kod-kod tertentu.
  Bahasa isyarat dipindahkan ke bentuk bahasa lisan atau tulisan.
MENURUT PETER NEWMARK
TERJEMAHAN KOMUNIKATIF
CIRI-CINYA:
  Menghasilkan pada pembaca kesan yang sehampir mungkin seperti kesan pembacaan yg dialami oleh pembaca teks asal.
  Lebih memberi perhatian kepada pembaca kedua.
  Mementingkan budaya bahasa sasran.
  Mementingkan fungsi.
  Masih perlu menghormati bentuk teks sumber dan bekerja berdasarkan bentuk itu.
  Terjemahan lebih lancar, lebih mudah, lebih jelas, lebih langsung, lebih biasa/sejadi, akur pada laras tertentu bahasa, cenderung untuk kurang menterjemah (lebih cenderung untuk kurang menterjemah - menggunakan istilah yang lebih umum & menyeluruh dalam petikan-petikan yang sukar/sulit).
  Menulis menggunakan bahasanya sendiri dalam bentuk yang lebih baik daripada teks asal.
  Boleh membaiki & membetulkan logik.
  Menggantikan bahasa kasar dgn bahasa halus, atau dgn struktur sintaksis.
  Struktur sintaksis ini hendaklah boleh menghilangkan kesamaran, mengurangkan ulangan & mengenepikan tafsiran ketaksaan.
  Meminda & mengikhtisarkan istilah umum yg longgar kp komponan yg lebih jelas.
TERJEMAHAN SEMANTIK
         Mencuba menghuraikan makna konteks yang terdpt dlm teks asal setepat-tepatnya, setakat yang dibenarkan oleh struktur semantik dan sintaksis bahasa sasaran.
CIRI-CIRI TERJEMAHAN SEMANTIK
  Banyak berkisar dalam budaya asal.
  Menolong pembaca hanya pada konotasi.
  Lebih cenderung kepada terjemahan berlebihan.
  Mementingkan makna.
  Mementingkan bahasa sumber.
  Lebih bersifat rumit, lebih terperinci, lebih kekok, lebih mendalam dan lebih menelusur proses fikiran penyampai daripada tujuannya.
  Mementingkan bahasa dan mengandungi maklumat yang banyak.
  Mutu terjemahan semantik selalunya lebih rendah.
  Menyebabkan makna teks sumber hilang.
  Ia cuba mencipta semula setepatnya nada & sifat khusus teks asal.
  Perkataannya dianggap tidak boleh diusik.
  Terjemahan semantik terpisah daripada masa dan ruang setempat.



No comments:

Post a Comment