Thursday, 9 June 2016

MENTERJEMAH FRASA DAN PERIBAHASA

Adakah anda tahu cara untuk menterjemahkan frasa atau peribahasa?mari kita sama-sama belajar cara untuk terjemah frasa dan peribahasa..semoga ilmu ini dapat membantu kita dalam menterjemah.

Apakah maksud bagi frasa?frasa ialah unit yang boleh terdiri daripada satu susunan yang mengandungi sekurang-kurangnya dua perkataan, ataupun satu perkataan yang berpotensi untuk diperluas menjadi dua perkataan atau lebih (Nik Safiah Karim et al 1996: 416)

HUBUNGAN FRASA
CONTAH FRASA:
´  Burung merpati terbang melayang.
´  Anak kecil itu sedang bermain.
Dalam bahasa Arab dipanggil al-`ibarah, ataupun al-tarkib.
مجموع كلمتين أو أكثر بينها صلة نحوية تُكَوِّن دلالةً ناقصة، وتؤلّف أحد أجزاء الكلام، وذلك كالفاعل أو المبتدأ إلخ . مثال ذلك: نظام المدرسة في قولنا نظام المدرسة ضروري لحُسْن سَيْر العمل فيها

JENIS FRASA/TARKIB:
 1.Frasa Idiomatik / al-tarkib al-istilahi
2.Tarkib Idafi
3.Tarkib wasfi
4.Taukid
5.Badal wa Mubdal minhu
6.Ataf wa Ma`tuf Alayh

Tarkib Wasfi (Sifah wa Mawsuf)
ž  Contoh 1: السلطان التقليدي
ž  Terjemahan: kekuasaan tradisional
ž  Contoh 2: البيت الكبير
ž  Terjemahan: rumah (yang) besar
ž  Kaedah terjemahan: boleh ditambah perkataan yang atau digugurkan sahaja.

Tarkib Idafi (Mudaf wa Mudaf Ilayh)
CONTOH:
وعي المسلمين  -kesedaran umat Islam
 مراجعة النفس -muhasabah diri
 استعمال الكلمة -penggunaan perkataan
Kaedah Penterjemahan: boleh diterjemahkan ke bahasa Melayu sebagaimana susunan kata bahasa Arabnya, tanpa penambahan atau perubahan apapun.

`Ataf dan Ma`tuf `Alayh
ž  Frasa ini dapat difahami sebagai golongan dua kata (atau lebih) secara sejajar, dihubungkan dengan kata hubung seperti dan, atau, tetapi, dan sebagainya. Tidak ada masalah besar apabila menterjemahkan tarkib ini. Lihat contoh:
ž  Contoh 1:فرّ العدوّ حتى القائد
ž  Terjemahan: Musuh itu telah melarikan diri, bahkan (termasuklah) panglimanya.
ž  Contoh 2:نقل الخبر محمد أو علي
ž  Terjemahan: Muhammad atau Ali yang menyampaikan berita itu
ž  Contoh 3:جاء المستعمرون ثم المستشرقون
ž  Terjemahan: Para penjajah telah datang, kemudian datang pula para orientalis.

Badal wa Mubdal minhu
´  Contoh dalam bahasa Melayu: Perdana Menteri Malaysia yang pertama, Tunku Abdul Rahman merupakan perdana menteri contoh yang digelar bapa kemerdekaan. Tunku Abdul Rahman adalah badal.
´  Contoh 1:سافر عميد الكلية الدراسات الاسلامية الأستاذ الدكتور محمد نصران محمد إلى سنغافورة .
´  Terjemahannya:  Dekan Fakulti Pengajian Islam (yakni), Prof. Dr.  Mohd Nasran Mohamad telah pergi ke Singapura.
´  Contoh 2: طبع الكتاب جزؤه الأول
´  Terjemahannya: Jilid pertama buku itu telah dicetak. (badal sebahagian)

Taukid
ž  Kata yang digunakan untuk menghilangkan keraguan orang yang diajak berbicara, atau untuk menguatkan maksud. Ada 5 kata yang sering digunakan, iaitu نفس , عين  ,كل  , جميع dan عامة.
ž  Kata  نفس وعينditerjemahkan kepada sendiri  كل diterjemahkan kepada masing-masing, جميع وعامة diterjemahkan kepada keseluruhannya/kesemuanya. Lihat contoh: 
ž  Contoh 1:ألقى عميد كلية الأداب نفسه مقالته
ž  Terjemahannya: Dekan Fakulti Sastera sendiri menyampaikan ucapannya.
ž  Contoh 2:الأمة الإسلامية جميعها قلب واحد
ž  Terjemahannya:Umat Islam seluruhnya bersatu hati.

Frasa Idiomatik
´  Dipanggil al-`ibarah al-istilahiyyah dalam bahasa Arab.
´  Dari segi binaan, frasa idiomatik Arab terbahagi kepada 3 jenis, iaitu:
´  Frasa kata kerja, seperti أَطلق ساقَيْهِ لِلرِّيح dengan maknaجَرَى وهَرَبَ  (lari / melarikan diri).
´  Frasa nama, seperti خَفِيف الظِّلّ dengan makna ظَرِيف مَرِح (riang / ceria).
´  Frasa sendi, seperti بِرُمَّتِه    dengan makna كُلِّه وجَميعه  (semua sekali) (Mahmud Isma،il Sini et. al 1996: ط)  

Peribahasa Arab
´  Dalam bukunya al-Amthal al-،Arabiyyah, ،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 11) menjelaskan bahawa al-mathal ialah:
´  قول موجز سائر، صائب المعنى، تشبه به حالة حادثة بحالة سالفة.
´  (kata-kata yang ringkas padat yang meniti di bibir, betul maknanya, dan keadaan semasa menyerupai keadaan dahulu).
Ia terbahagi kepada tiga jenis, iaitu
1. al-Mathal al-mujaz (peribahasa ringkas), السرّ أمانة, النساء حبائل الشيطان  dan الحرب غشوم (،Abd al-Majid Qatamisy (1988/1402: 28).
2. al-Mathal al-qiyasiy: iaitu cerita atau kesah yang selalu disebut untuk menerangkan sesuatu perkara, atau untuk menjadi bukti kepada sesuatu perkara, dibuat melalui perbandingan atau perumpamaan yang biasanya didasarkan kepada perbandingan dan qiyas.
3. al-Mathal al-khurafiy, iaitu mathal atau peribahasa yang dibina oleh bangsa Arab mengikut bahasa binatang, atau ia dibina berdasarkan cerita-cerita khurafat yang tersebar luas di sekeliling mereka.

Peribahasa Melayu
´  Peribahasa Melayu terbahagi kepada empat jenis, iaitu perumpamaan, simpulan bahasa, bidalan dan pepatah (Ab. Rahman Ab. Rashid et. al 2000: 69).
´  Perumpamaan ialah perbandingan makna yang sangat jelas dan terang. Biasanya ia didahului oleh kata pembanding seperti bagai, laksana, umpama, bak, ibarat, macam, seperti, seolah-olah, dan seakan-akan

Teknik Menterjemah Peribahasa
´  1. Peribahasa sumber digantikan dengan peribahasa yang seerti dalam bahasa sasaran.
´  Contoh:
´   جزاه جَزَاءَ سِنِمَّارditerjemahkan kepada susu dibalas tuba.
 قَبْلَ الرَّمْيِ يُراشُ السَّهْمُ       diterjemahkan kepada sediakan payung sebelum hujan.
     2. Menggunakan teknik pinjam terjemah.
ž  Contoh:
ž   ماءُ الوجه  diterjemahkan terus kepada air muka.
ž   عَيْنُ القلبِ diterjemahkan kepada mata hati
ž   شهر العسل  diterjemahkan kepada bulan madu.
ž  حرب باردة  diterjemahkan kepada perang dingin.
ž  دودةُ الكتبِ  diterjemahkan kepada ulat buku.
3. Teknik memperjelas makna.
ž  Contoh:
ž  Sweetheart diperjelas menjadi kekasih diterjemahkan kepada حبيب/حبيبة
ž  Airline diperjelas menjadi syarikat penerbangan yang dalam bahsa Arabnya dipanggilشركة خطوط جوّية/هوائية
4. Proses gantian peribahasa (ungkapan tidak figuratif digantikan dengan peribahasa atau ungkapan yang figuratif).
ž  Contoh:
ž   هديّة تذكارية  diterjemahkan kepada tanda mata / cendera hati.
ž    حيض diterjemahkan kepada haid / datang bulan.

Untuk menghindarkan kesalahan terjemah:
1. Bertanya terus kepada penutur asli bahasa sumber.
2. bertanya kepada orang yang pernah tinggal dan bergaul dengan masyarakat sumber.
3.Gunakan kamus


MENTERJEMAH KATA KERJA BERIMBUHAN
Hari ini, saya akan kongsikan kepada anda cara menterjemah kata kerja berimbuhan. Marilah kita sama-sama belajar bagaimana cara kita untuk menterjemahkan kata kerja ini. Di sini,saya telah senaraikan 9 bentuk kata kerja..

Kata Imbuhan Bahasa Arab
         Setiap morfem atau kata imbuhan bahasa Arab mempunyai maksud tersendiri.
         Mempunyai banyak bentuk/mizan sarfi.

1. Bentuk II) (فَعَّل
-Memberi pengertian intensif / ekstensif
( كَسَرَ) ( كَسَّر )
memecahkan menghancurleburkan (berkali-kali)
-Memberi pengertian kausatif /penyebab
atau menjadikan sesuatu kenyataan
( عَلِمَ )  → ( عَلَّمَ)
(mengetahui) mengajar atau menyebabkan
seseorang mengetahui.
-Memberi makna pernyataan atau anggapan.
 (كَذبَ  ) (كذَّب )
(berdusta ) menganggap / menjadikan seseorang itu pendusta.
-Selalu juga berbentuk namaan/denominatif.
Misalnya:
 ( خيمة)(خيَّمَ )
(khemah)  (memasang khemah).

2. Bentuk III ( فَاعَلَ )
-Percubaan melakukan sesuatu kepada seseorang & menunjukkan hal timbal balik di antara kedua-dua belah pihak.
Contoh:
( قَتَلَه )( قَاتَلَه )
Dia membunuhnyaDia mencuba membunuhnya atau Dia berkelahi dengannya.
-Menunjukkan makna hal timbal balik dan menukar objek/maf`ul bih daripada tak langsung menjadi langsung.

Misalnya:  ( كتبَ إلى الملكِ )                            (     كَاتب الملكَ ) 
Dia menulis surat kepada raja itu                 Dia menyurati raja itu ? Dia mengirimi raja itu (sepucuk / beberapa pucuk surat).
-Adakalanya dominatif.
Contoh: ( ضِعْفٌ) ganda, menjadi ( ضَاعفَ) menggandakan; ( قبلَ) sebelum, di depan, menjadi ( قَابَلَ) mengadap atau berhadapan, atau membandingkan sesuatu dengan yg lain, atau menemuramah.

3. Bentuk IV ( أفعل)
-Memberi maksud kausatif / faktitif. Ex: (  جلس) Dia duduk, menjadi (أجلس ) menyebabkan/menjadikan seseorg duduk; ( أكل الخبزَ ) dia makan roti, menjadi (آكله الخبزَ ) dia memberikan roti itu agar dimakan).
-Deklaratif atau estimatif, spt bentuk II. Ex: ( أبخله ) dia menganggap/mendapatinya kedekut; ( أحمده ) dia mandapatinya (org/benda) patut dipuji; (أجبنه ) dia menganggap atau mendapatinya pengecut.
-Bermaksud Denominatif. Ex:  (ثمرٌ ) buah, menjadi ( أثمرَ) berbuah; ( مطرٌ) hujan, menjadi ( أمطر) memberi/menghasilkan hujan; ( ذنبٌ) dosa, menjadi ( أذنبَ ) melakukan dosa.
-Beberapa denominatif menunjukkan makna tertentu. Bergerak ke suatu tempat. Ex: ( قدحٌ) kedah menajdi ( أقدح) pergi ke kedah.

4. BENTUK V ( تَفَعَّلَ )
-Menjadi refleksif kepada bentuk II. Menerangkan keadaan sesuatu objek sebagai hasil/kesan daripada tindakan dalam kata kerja bentuk II. Ex: ( كَسَّرَ) memecahkan [berkepng-keping], menjadi  (تَكَسَّرَ ) menjadi pecah [berkeping-keping].
-Tidak terlalu reklesif, khususnya untuk kata kerja yang mempengaruhi akusatif.
Contohnya: Perkataan tatabba’a membawa maksud mengikuti beringkat demi peringkat. Contah lain, perkataan ta’arrafa bermaksud mencuba memahami.
-Boleh menjadi pasif dari segi maknanya.
Contoh: Perkataan taghayyara, bermaksud berubah.

5. Bentuk VI (تَفَاعَلَ )
-adakalanya ia tidakmembawa pengertian timbal balik.
Contoh: (تقاعد) dia bersara
-memberi maksud pura-pura
Contoh : (تمارض) berpura-pura sakit, (تجاهلا)buat-buat tak tahu
-mendatangkan erti berturut
Contoh:)  تساقطت الحجارة) batu jatuh/berguguran satu demi satu
-dirujukkan khas kepada Allah S.W.T
Contoh: (تبارك الله) Allah menjadikan Diri-Nya(menjadi dan melalui Diri-Nya) direstui/diberkati atau sempurna atas segala-galanya.

6. Bentuk VII (انفعل)
-menunjukkan makna refleksi /pasif yang ada dalam bentuk I
Contoh:(كسر)memecahkan ,menjadi(انكسر) menjadi pecah.
-menyatakan bahawa seseorang itu membenarkan sesuatu perbuatan dilakukan ke atasnya atau suatu tindakan yang memberi kesan kepada seseorang.
Contoh: (قاد)memimpin ,menjadi (انقاد)mengizinkan dirinya dipimpin.
-selalunya tak transitif
Contoh: (صرف) memaling(muka/pandangan), menjadi(انصرف) berpaling,berangkat,pergi.

7.Bentuk VIII(افتعل)
       Refleksif drp bentuk I. Ex: ( غسل) membasuh, menjadi ( اغتسل) membasuh seseorang/mandi.
       Menunjukkan suatu fungsi yang sejalan/selari/sejajar dgn fungsi kk bentuk VI, mendatangkan makna timbal balik pula. Ex: ( تشاغل) menggunakan seseorang/menjadi sibuk, menjadi ( اشتغل) menjadi sibuk/kesibukan.
       Boleh jadi transitif dan tak transitif. Ex: (فَرَقَ ) bentuk I, transitif (memisahkan [sesuatu]) menjadi (افترق ) tak transitif ( terpisah/berpisah-pisahan).
       Bentuk I dan bentuk VIII mempunyai erti yang sama. Ex: ( خَطِفَ) membawa lari, merebut, merampas, menjadi ( اختطف) (makna yang sama).
       Boleh juga menunjukkan ragam pasif. Ex: (ربط ) mengikat, menjadi ( ارتبط) menjadi terikat/diikat.

8. Bentuk IX(افعل)
       Menunjukkan warna atau kecacatan jasmani. Ex: (أصفرُ) kuning, menjadi (اصفَرَّ) menjadi/berwarna kuning; (أعْوَجُ)bengkok, menjadi (اعوَجَّ ) menjadi bengkok atau berliku-liku.
       Tidak mempunyai ragam pasif.
       Kata nama terbitan bentuk ini ialah ( افعلال). Ex: ازرقاقkebiruan.
       Boleh digunakan utk membentu perbandingan satu-satu warna atau kecacatan. Ex: (أشدُّ خضْرَةً ) atau ( أشدُّ اخضرارا) lebih hijau.

9. Bentuk X(استفعل)
  Mengubah makna faktitif dlm bentuk I, lalu menjadi refleksif yg disertai harapan. Ex: ( أخبَرَ) memberi khabar, menjadi استخبرَ) ) mohon/menjadi diketahui.
  Memberi erti permohonan atau permintaan dlm kk itu. Ex; ( حضَرَ) bentuk I – hadir, datang, menjadi ( استحضرَ) meminta seseorang datang.
  Menunjukkan makna kausatif. Ex: ( خرج) bentuk I – keluar, menjadi ( استخرجَ) meminta/menyuruh keluar atau mengeluarkan; mengusir.
  Menjadi denominatif dan dlm hal ini menggabungkan makna refleksif dan faktitif. Ex: (خليفة ) khalifah, menjadi ( استخلفَ) melantik seseorang sebagai pengganti/khalifah.
  Kaya dalam pengluasan makna yg pelbagai daripada akar kata yg tidak dpt dikelompokkan. Ex; ( عَمِلَ) bentuk I – berbuat; melakukan sesuatu, menjadi ( استعملَ) menggunakan.